Merupakan kursus Pembantu Juruteknik Komputer dan Juruteknik Komputer. Pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara teknikal membaiki komputer juga rangkaian dan mengenali perkakasan (hardware) serta perisian (software) terkini. Menawarkan SKM tahap 2 dan 3 sahaja.
Merupakan kursus Pembantu Tadbir, Penyelia Tadbir dan Eksekutif Sistem Maklumat yang beraplikasikan teknologi komputer untuk tugas-tugas pentadbiran dan kesetiausahaan. Di akhir kursus pelajar dapat menguasai kemahiran bekerja sebagai Pembantu Tadbir Sistem dan Penyelia Tadbir Sistem Maklumat. Menawarkan SKM Tahap 2 dan 3 serta DKM Tahap 4
Merupakan program latihan yang membuka peluang kepada pelatih mempelajari sistem yang terdapat pada kenderaan automotif masa kini dan melatih kemahiran mereka selaras dengan kehendak industri automotif negara. Menawarkan SKM tahap 1, 2 dan 3.
Kursus Penyediaan Makanan (Culinary Skill) menawarkan pembelajaran secara teori dan praktikal yang boleh diguna pakai untuk mereka berjaya di dalam bidang penyediaan makanan. Pelajar juga diajar dalam merancang dan merangka menu.Menawarkan SKM tahap 1, 2 dan 3.
Melatih dan menyiapkan pelajar dengan latihan teknikal yang diperlukan dalam bidang jahitan. Pelajar akan menjalani proses pembelajaran bermula dengan kenali bahan, peralatan mesin, mengambil ukuran, mendraf pola sehinggalah menjahit pelbagai jenis pakaian seperti tradisional, moden dan kanak-kanak. Menawarkan SKM tahap 1 dan 2 sahaja