|
-
IKIP Bentong dengan berbesar hati ingin menghadiahkan cenderahati iaitu sebuah komputer riba jenama Acer dan telefon bimbit berjenama Nokia Xpress Music kepada agen yang berjaya mencapai sasaran. Bagi agen yang memperolehi 25 orang pelajar bagi setiap kemasukan akan menerima sebuah komputer riba jenama Acer. Manakala bagi agen yang memperolehi 10 orang pelajar akan menerima sebuah telefon bimbit Nokia Xpress Music. Pengurus IKIP Bentong berkata, tujuan untuk menghadiahkan komputer riba ini adalah untuk menghargai usaha agen IKIP Bentong untuk mencapai sasaran bagi kemasukan pelajar mendaftar pada setiap semester. Beliau menjelaskan, peluang seperti ini perlu diambil oleh setiap agen untuk bersaing secara positif untuk mendapatkan seramai mungkin pelajar mendaftar di IKIP Bentong. Oleh itu, beliau menyarankan agar ramai pelajar dan masyarakat luar mendaftar sebagai agen baru kerana pelbagai faedah yang dapat diperolehi pada masa akan datang.
|
|