Muka Utama Webmail IKIP Bentong Forum IKIP Bentong

Berita Hari Ini
PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI JULAI 2009 ADAKAN DI ADAKAN PADA 15 JULAI 2009
IKIP CULINAIRE CHALLENGE 2009 ANJURAN IKIP UTAMA, KUANTAN
PENGAMBILAN PELAJAR BARU sesi KEDUA pada 25 MAC 2009 DIBUKA SEKARANG!
 
 
 

 

 

 

 

Lawatan ke The Otomotif College (TOC)
Dihantar oleh : Webmaster | Pada : 27/05/2009 - 11:09

 

 

Pada 28 April 2009, Kursus Automotif telah mengadakan lawatan ke The Otomotif College (TOC) yang bertempat di Petaling jaya, Selangor. Lawatan ini telah disertai oleh empat orang tenaga pengajar yang terdiri daripada En. Mohamad Afendi selaku Ketua Kursus, En. Syed Sabaruddin, En. Tarmizi dan En. Sawerigading sebagai tenaga pengajar yang turut serta dalam lawatan tersebut.





Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh pihak TOC sebagai salah satu pusat latihan yang dikenali di kawasan Lembah Kelang. Lawatan ini juga adalah untuk menilai aspek-aspek penyediaan program yang ditawarkan bagi memenuhi kehendak latihan dalam bidang automotif.





Pihak IKIP mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Arifin dan Mr Suresh yang telah melayan kunjungan pihak IKIP dengan mesra dan penerangan yang terperinci mengenai latarbelakang dan program yang ditawarkan oleh TOC.

Semoga lawatan ini akan membawa manfaat yang besar kepada IKIP dalam proses pembangunan kampus baru yang akan menempatkan bengkel automotif antara yang terbaik di negeri Pahang.





 





©2008 Hakcipta Terpelihara. IKIP Bentong