|
|
|
|
|
|
Malam TALENTINE 2008 dianjurkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Dihantar oleh :
Webmaster | Pada :
24/04/2008 -
16:09 |
|
|
Pada 22 April 2008 telah diadakan Malam Telentine di dewan Ikip Bentong. Program ini telah di anjurkan oleh kelab kebudayaan Ikip. Program ini telah di selia oleh Puan Rozana Sari Bt Roslan sebagai ketua program. Para pelajar dan pensyarah telah memberikan sambutan yang amat menggalakkan kepada program ini. Program ini bermula pada pukul 9.00 pm dan berakhir pada pukul 11.00 pm.
Seramai 6 orang peserta berjaya masuk ke peringkat akhir dalam pertandingan karaoke ini dan mereka telah mendendangkan lagu-lagu pilihan mereka sendiri. Pelbagai gaya serta aksi-aksi yang menarik telah ditonjolkan oleh para peserta. Juri untuk mengadili pertandingan ini, telah diundang dari luar. Sementara menunggu juri mengira markah-markah peserta, tenaga pengajar juga tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat-bakat mereka yang terpendam.
En.Hazlan Bin Harun selaku pemangku pengurus Ikip Bentong juga tidak melepaskan peluang untuk menyanyikan sebuah lagu kesukaanyan. Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama, Amirul Asraf dari dorm 8, tempat kedua, Amirul Hakim dari dorm 7 dan tempat ketiga Ain Qaisara wakil dari pelajar luar. Pemenang tempat pertama dan kedua akan membuat persembahan pada Malam Gala Night di Dewan Majlis Perbandaran Bentong pada bulan 6. Setelah selesai majlis penyampaian hadiah, majlis ditutup dengan pemenang tempat pertama menyanyikan semula lagu beliau.

|
|
|