|
Pada 11 sehingga 13 April 2008, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Ikip Bentong telah mengadakan satu kem ibadah. Kem tersebut telah diadakan di kawasan Air Terjun Chamang, Bentong. Kem ini telah diuruskan dengan jayanya oleh exco kerohanian (MPP) Ikip Bentong dan beliau bertanggungjawab sepenuhnya keatas kem ibadah ini. Perkhemahan kem ibadah ini adalah program perkhemahan pelajar ikip yang menjurus kepada kepimpinan dan rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan Negara. Atas masalah-masalah tertentu, program kem ibadah ini dikhususkan kepada pelajar lelaki sahaja.
Antara matlamat program ini dijalankan adalah supaya para peserta yang mengikuti kem ibadah ini dapat memanfaatkan lagi segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari secara teori semasa perkhemahan tersebut dijalankan agar mereka mampu menjadi insan yang berguna terhadap agama, bangsa dan Negara. Selain itu, program ini juga dapat menambah dan memperluaskan lagi ilmu agama dalam diri pelajar yang mengikuti program tersebut.
Seramai 26 orang peserta dan 2 orang guru pengiring turut mengikuti program ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kem ibadah ini adalah seperti tazkirah setiap selepas solat, qiamullai pada pukul 4.30 pagi, kuliah subuh, latihan praktikal solat, bacaan semasa solat, riadah pada waktu petang dann banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang telah dijalankan semasa kem ibadah tersebut.
Makanan para peserta selama mereka mengikuti program ini telah dimasak oleh beberapa oleh pelajar kitchen practice Ikip Bentong sendiri. Sebelum pulang, pelajar-pelajar dibenarkan untuk mandi air terjun.
|
|