Muka Utama Webmail IKIP Bentong Forum IKIP Bentong

Berita Hari Ini
PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI JULAI 2009 ADAKAN DI ADAKAN PADA 15 JULAI 2009
IKIP CULINAIRE CHALLENGE 2009 ANJURAN IKIP UTAMA, KUANTAN
PENGAMBILAN PELAJAR BARU sesi KEDUA pada 25 MAC 2009 DIBUKA SEKARANG!
 
 
 

 

 

 

 

PENDAFTARAN 15 JULAI 2009
Dihantar oleh : Webmaster | Pada : 19/06/2009 - 11:09

 

 

Kursus Latihan Kemahiran Vokasional Untuk Semua!!!...

Satu pengambilan pelajar baru akan dibuat pada 15 Julai 2009.

Pendaftaran bermula sekarang sehingga 15 Julai 2009.

Tarikh : 15 Julai 2009
Masa : 10.00 pagi
Tempat : IKIP Utama / IKIP Bentong

Sehubungan dengan itu kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program latihan kemahiran vokasional di

IKIP Utama
Tel: 09-5671333 Faks: 09-5670425

IKIP Bentong
Tel: 09-2201888 Faks: 09-2233323


Berikut merupakan kursus yang ditawarkan di IKIP Utama.

1. Teknologi Maklumat
2. Rekaan Fesyen
3. Perhotelan
4. Automotif


* Tempat adalah terhad
* Pembiayaan Yayasan Pahang / Agro Bank / Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
* Penginapan disediakan





GOTONG-ROYONG PUSAT SUMBER IKIP BENTONG
Dihantar oleh : Webmaster | Pada : 19/06/2009 - 11:09

 

 

31 MAC 2009 MENYAKSIKAN SATU LAGI PEKEMBANGAN TERBARU DALAM USAHA MENAIKTARAF DAN MENCERIAKAN PUSAT SUMBER IKIP BENTONG BAGI MENAMBAH KESELESAAN PARA PENGGUNA KHUSUSNYA PARA PELAJAR DAN KAKITANGAN.

INI ADALAH KERANA PUSAT SUMBER INI BUKAN SAHAJA DIGUNAKAN UNTUK KELAS TUTORIAL BAHASA INGGERIS DAN PENDIDIKAN ISLAM, MALAH TURUT DIGUNAKAN SEBAGAI BILIK MESYUARAT OLEH KAKITANGAN PERINGKAT PENGURUSAN TERTINGGI KOLEJ ANTARABANGSA IKIP DAN IKIP TRAINING, PENTADBIRAN, HEP, PEMASARAN SERTA AKTIVITI PELAJAR SEPERTI MPP DAN KELAB-KELAB PERSATUAN DALAMAN.

KERJASAMA YANG BAIK TELAH DITUNJUKKAN OLEH SEMUA PENGAWAS PUSAT SUMBER DI BAWAH SELIAAN PENYELIA PUSAT SUMBER, EN.YUSMASAHRIL. GOTONG ROYONG YANG BERMULA SELEPAS SOLAT ZOHOR ITU BERAKHIR PADA PUKUL 11 MALAM DIMANA PARA PENGAWAS DIBENARKAN BEREHAT SELEPAS SOLAT ASAR DAN AKTIVITI BERSAMBUNG SELEPAS SOLAT ISYAK.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN ADALAH LEBIH TERARAH UNTUK MENCERIAKAN SUASANA PUSAT SUMBER SEPERTI MEMASANG LAPIK MEJA DAN SKIRTING, MENYEMAK STATUS BUKU DAN BAHAN-BAHAN BACAAN, MEMBUAT TAGGING PADA BUKU-BUKU YANG BARU, MEMBUAT PAPAN KENYATAAN, CARTA ORGANISASI DAN MEMBERSIHKAN LANTAI SERTA SILING. DIHARAP AKTIVITI SEPERTI INI AKAN DIJALANKAN LAGI PADA MASA-MASA AKAN DATANG.

UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI KERJASAMA TIDAK KIRA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DARIPADA JAWATANKUASA PUSAT SUMBER IKIP BENTONG





Lawatan ke The Otomotif College (TOC)
Dihantar oleh : Webmaster | Pada : 27/05/2009 - 11:09

 

 

Pada 28 April 2009, Kursus Automotif telah mengadakan lawatan ke The Otomotif College (TOC) yang bertempat di Petaling jaya, Selangor. Lawatan ini telah disertai oleh empat orang tenaga pengajar yang terdiri daripada En. Mohamad Afendi selaku Ketua Kursus, En. Syed Sabaruddin, En. Tarmizi dan En. Sawerigading sebagai tenaga pengajar yang turut serta dalam lawatan tersebut.





Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh pihak TOC sebagai salah satu pusat latihan yang dikenali di kawasan Lembah Kelang. Lawatan ini juga adalah untuk menilai aspek-aspek penyediaan program yang ditawarkan bagi memenuhi kehendak latihan dalam bidang automotif.





Pihak IKIP mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Arifin dan Mr Suresh yang telah melayan kunjungan pihak IKIP dengan mesra dan penerangan yang terperinci mengenai latarbelakang dan program yang ditawarkan oleh TOC.

Semoga lawatan ini akan membawa manfaat yang besar kepada IKIP dalam proses pembangunan kampus baru yang akan menempatkan bengkel automotif antara yang terbaik di negeri Pahang.





 





©2008 Hakcipta Terpelihara. IKIP Bentong